Tuesday, March 31, 2009

cinta rumahtangga

"CINTA ITU CAHAYA SANUBARI, KURNIAAN TUHAN FITRAH INSANI"

Cinta itu indah, seindah Pencipta-Nya..tapi adakah cinta sesama insan itu akan indah selama-lamaya?

pagi ni, diskusi di "round table" dapur amat hangat dengan isu kerumahtanggaan..
walaupun saya blom lagi melangkah ke alam itu tetapi sedikit nasihat daripada mereka yang berpengalaman akan menjadi iktibar buat saya pd ms akan datang (mungkin bila saya baca blog ini semula selepas kawen).

Isteri sering tidak tahu apa yang dimarahi oleh suaminya..hmm susahkan..isteri rase apa yang dikatakannya itu benar dan tidak sepatutnya suami tersinggung. tetapi mungkin nada suara, intonasi isteri itu yang membuat suami tersinggung dan marah.

suami ni seperti bayi, tetapi mahu dipandang superior. katakan 'ya' saja apabila dia sedang marah. bila dia reda baru bincangkan.

tetapi ingtlah wahai sang suami, walaupon isterimu itu berdiam diri, tidak membalas kemarahanmu, hati isteri ini lembut seperti kaca..mudah terguris dan meninggalkan parut..

jadi same2lah give n take utk kesejahteraan rumahtangga ye..=)

Thursday, March 26, 2009

BUSY memanjang

ke'busy'an yang melanda ku semenjak akhir2 ini menyebabkan xde masa nk update blog..huhu..

830-500ptg: skill lab
530-730mlm: training netball (coach)
malam: sudah penat =) tido awal..huhu

byk perkara yang difikirkan sampai xtau ape yg saye pk sejak akhir2 ini..alhamdulillah ade sahabat yang sudi mendengar dan berkongsi cerita..

-posting to Sg Petani (until today blom dpt surat lg)
-risau sbb x tau nk pg dengan ape lagi (pg sendiri or naik bas ngan students)
-risau pk keadaan kat sana (coz kena dok sane until middle of May)
-Lesson plan ade 6 topic xbuat lagi (mmg xsempat2 nak buat coz bz di skill lab)
-dah dpt subject for next intake batch 13 psikologi dan sosiologi..nota blom buat lagi (sempat ke nak buat sambil posting kat SP??)
-balik je sini dah start kelas n jadi assistant coordinator..
-PTPTN still dalam proses lagi..xsetel2 =(

Ya Allah...permudahkanlah segala urusan ku..amin

TANGISAN PEMBACA AL-QURAN

20090318
Tangisan Pembaca Al-Quran

Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas, hadith yang bermafhum; “Bacalah Al-Quran dan menangislah. Sekiranya tidak dapat menangis, maka buat-buatlah menangis (paksa menangis). Menangis yang dimaksudkan di sini ialah tangisan yang tercetus dari penghayatan kerana memahami ayat-ayat Al-Quran. Jika kita benar-benar memahami isi kandungan Kitabullah ini, kita dikhabarkan dengan azab dan ancaman Allah Ta’ala ke atas segenap manusia yang mengingkari akan syar’iat. Jiwa-jiwa yang enggan untuk mematuhi suruhan dan larangan Tuhan. Kita akan sedar betapa lemahnya kita dalam melunaskan janji-janji kita terhadap Allah Azzawajalla.

Jika pembaca Al-Quran itu tidak dapat menangis, maka berusahalah sedaya mampu untuk mengalirkan air mata. Demi mengelakkan sebesar-besar musibah ke atas dirinya, iaitu kegagalan untuk menghayati firman Tuhan. Untuk menampung kesukaran dalam memahami ayat-ayat Allah Ta’ala, amatlah digalakkan bagi kita untuk mengalunkan bacaan Al-Quran dan mentadabbur ayat-ayat tersebut. Jangan sekali-kali lupa untuk merujuk terjemahannya.

Yusuf Al-Qardhawi menyatakan bahawa kesan dari membaca Al-Furqan bakal membentuk dua sifat sahaja, sama ada sifat orang kafir atau orang yang beriman. Karakteristik orang kafir telah dinyatakan di dalam ayat 5, surah Fussilat yang membawa maksud; “Dan mereka berkata, ‘Hati kami sudah tertutup dari apa yang engkau seru kami kepada-Nya, dan telinga kami sudah tersumbat, dan di antara kami dan engkau ada dinding, kerana itu lakukanlah (sesuai kehendakmu), sesungguhnya kami akan melakukan (sesuai kehendak kami).”

Di dalam ayat ini,’al-kinnah’ ditafsirkan sebagai kunci yang menghalang seseorang untuk memahami Al-Quran. Contohnya, tidak berusaha untuk memahami dan mengambil iktibar dari ayat-ayat Allah Ta’ala. Manakala ‘waqrun’didefinisikan sebagai penyumbat yang menghalang telinga dari mendengar Al-Quran dan ‘hijab’ pula suatu yang menghalang pandangan dari memahami intipati Al-Furqan.

Pembaca Al-Quran perlulah cuba sedaya upaya untuk memahami kalam Allah Ta’ala agar tergolong dalam kelompok orang-orang yang beriman. Inilah yang telah dinyatakan di dalam ayat 53, surah Al-Qasas, maksudnya; “Dan apabila (Al-Quran) dibacakan kepada mereka, mereka berkata ‘Kami beriman kepadanya, sesungguhnya (Al-Quran) itu adalah suatu kebenaran dari Tuhan kami. Sungguh, sebelumnya kami adalah Muslim.”

Ayat 2, surah Al-Anfaal pula mengkhabarkan bahawa orang yang beriman apabila dibacakan ayat-ayat Al-Quran kepadanya, akan bertambahlah iman mereka. Juga mereka merasa gementar apabila disebut nama Allah Ta’ala! Menurut Asma’ bin Abu Bakar, para sahabat Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam apabila mendengar bacaan Al-Quran, bergenanglah air mata serta dan bergetarlah kulit mereka lantaran rasa ketundukan sebagai hamba Tuhan.

Syed Qutb menambah tentang sifat yang paling menyerlah di kalangan para sahabat, iaitu menerima Al-Quran untuk mengamalkannya. Abu Bakar As- Siddiq dan Umar Al-Khattab, ketika berada di sisi Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam telah ditanya oleh suatu kabilah yang sedang bertengkar; siapakah yang lebih layak di kalangan kabilah itu untuk menjadi ketua. Lalu Abu Bakar menjawab si fulan, dan Umar pula menjawab si fulan. Lalu kedua-duanya bertekak dengan dengan suara yang keras sehingga turun ayat 2, surah Al-Hujuurat (larangan untuk meninggikan suara di atas suara Nabi dan untuk bersuara keras). Setelah turun ayat tersebut, kedua-dua insan agung itu mengalirkan air mata dan berbicara dengan lemah-lembut apabila berhadapan dengan Nabi.

Ayuh renung sekilas kisah tentang sikap Imam Hassan Al-Banna yang asyik mendampingi Al-Quran. Abdul Rahman As-Saati (ayahnya) menceritakan bahawa di rumahnya hanya Allah Ta’ala yang menjadi saksi bahawa Al-Banna tidak pernah melepaskan mushafnya, membaca Al-Quran dan juga berzikir. Lazimnya, Al-Banna akan memperdengarkan bacaannya kepada Al-Hafiz dari kalangan mereka. Jika tiada Al-Hafiz di situ kecuali dari kalangan kanak-kanak, dia tetap akan menyemak bacaannya dengan kanak-kanak itu. Sujudnya juga larut dalam keimanan. Apabila Al-Banna tahu bagaimana cara Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam mengaji, dia akan mengikut cara tersebut. Kadangkala Al-Banna membaca Al-Quran dengan penuh kegentaran, dan adakalanya gembira hingga terbawa-bawa di luar tilawahnya (apabila membaca khabar-khabar gembira yang diwahyukan oleh Allah Ta’ala).

Dikisahkan bahawa seorang anak murid Hassan Al-Basri di Basrah tidak datang ke majlis ilmunya, lalu beliau bertemu dengannya untuk bertanyakan sebabnya. Anak muridnya menjawab; semasa dia sedang membaca Al-Quran, dia terjumpa ayat 11, surah As-Sajjadah. Kerana terlalu takut dengan apa yang diberitakan oleh Allah Ta’ala, sehari suntuk dia menggeletar kerana memikirkan bagaimanakah nasibnya apabila berdepan dengan malaikat maut satu hari kelak.

Dua lagi ayat yang benar-benar menjentik sikap beraninya ialah ayat 100, surah Al-Mu’minun dan ayat 41, surah Al-Qaff. Ayuh kita sama-sama membaca ketiga-tiga ayat ini. Bagaimana pula dengan perasaan kita?

Untaian Dini Syarif pada 9:18:00 PM

Label: Penyubur Kalbu

AISYA HUMAIRA: tq ye sahabat yang menyumbangkan artikel ini..=)

Monday, March 16, 2009

KAPPEL jangan x KAPPEL..

kebosanan yang amat sebenarnye membuat soalan final..aduh2..xsiap2 lagi?hmm..bile la nk siap..=( di kesempatan ini (curik2 mase ni) nk update sikit blog ni..lame dah x update..

hari sabtu lepas dengan izin Nya dapatla saye g satu program ni..KAPPEl..kursus asas perkahwinan..hmm..cam x sabo2 je saye nk kawen..br byk kursus da mau [g?huhu..tp x salah kan menambah ilmu kan?huhu

lagu2 nasyid bertemakan cinta dimainkan sementara menunggu majlis bermula..kire set induksi yang baik la..huhu..hmm..yg paling x thn sekali hati ini digeletek bile dengar lagu selamat pengantin baru dendangan kumpulan Hijjaz..hehe..teringat majlis kawen kakak ku..kui3

walaupun hanya 1 hari sahaja, tp ape yg dapat saye kongsikan ialah:
(ni yg masuk benak saye la)
-tanggungjawab membina keluarga du'at
-ciri-ciri pasangan (nk cari yang macam mana)
-peranan dan hak suami isteri
-dan byk lagila..=)

P/S: cam xsbr je pulak saye ni nk kawen kan?rabu lepas ade birthday celebration tau..dpt cup cake yg disampikan oleh CEO..huhu..die tny nk doa ape ni? saye dgn spontan nye jwb..doakan sy cepat kawen..hehe

Thursday, March 5, 2009

BLOG...

sebenarnya ade something yg saye nk post..tp lom dpt approve lagi..ni cite yg lain pulak..utk saja suka2..=)jgn marah encik IH ye..pasni maybe akan muncul citer2 yang islamik..

act, my sis dah start buat blog..hehe..akhirnya die berjaya jugak buat..di smping kebizian nye menjaga 2 org budak kecik yang omel2 tu..hehe..n die mintk tlg saye decorate kan blog die...hehe...saye rase blog saye amatla simple..xdela ape2 yang sangat menarik...huhu..malangnya die ni tak tau ke yang adik die ni tak reti komputer..hik2...nk masukkan video?nk letak jam?shout box? ayoyoyo...saye mmg xreti..huhu

but i promise her la nk blaja buat..huhu..tp ntah bile...huhu..just wait jela..mcm x sempat je nk blaja..huhu..

ape yang saye boleh tlg..hehe...tolong promote blog die..izzqayy.blogspot.com..=)

jgn marah ye kekja...huhu..luv u!!

ISLAM CHANNEL