Thursday, December 11, 2008

MEMORI TERCIPTA

Bergetar jiwa dipersada bercahaya Pertemuan harapan pertama kalinya Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi Sukar dipercaya pintunya terbuka Di sini jua memori tercipta Walau seketika terjalin kasih kita Mungkin disini kita kan terpisah Kenangan bersama tiada kulupa AISYA HUMAIRA: khas buat kwn2 seperjuangan di KKSM

HARI LAST DI KKSM

sedihnye saye..hari ni hari last saye keje kat KKSM ni..minggu dpn saye akan keje kat tpt baru..xtau nk gmbr kan perasaan ini..ni la tpt kerja pertama saya..saye x pernah keje pon sebelum ni..byk yg saye belajar di sini..erti persahabatan...cara bekerja..kolej ni wpon kecil tp best..sbb die kecikla..jadi wpon jawatan saye sbg lecturer di sini, saye jugak byk lagi tanggungjawab2 lain...jadi mentor, jaga semester, jaga exam, dan jadi urusetia atau AJK bg stp aktiviti yang dijalankan..x lupe jugak, kdg2 kena jugak outstation..hehe..(seronok dpt jalan2)..pegi Kuala Kangsar, Putrajaya..(ni atas tiket kerja tau)..selain tu..kalo ade staf2 yg kawen.dapat jugak berjalan2...cam pegi Pendang hr tu..hehe..

ape yg saye suke tntng kolej ni..setiap awal bulan pd hr Jumaat akan diadakan meeting pagi..sebelum tu akan diadakan bacaan Yaasin secara berjemaah..dan disusuli dengan slot tazkirah..slot tazkirah ni br lagi dicadangkan, dan saye telah diberi "penghormatan" utk memberi tazkirah meeting pagi minggu lepas..hehe..sebab nk resign dah..kui3..semoga tazkirah yg telah saye berikan tu, wpon ringkas akan menjadi pedoman dan amalan utk semua staf2 dan rakan2 di KKSM.."berpesan2 la sesama kita, walaupon dengan sepotong ayat"...agak berdebar2 jugak sebab kena bg tazkirah ni..sbb saye xde pengalaman..lg pon saye ni bukanla ustazah..=( huhu..tp alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..


CEO of KKSM Tuan Haji Zainal...tq Haji bg peluang saye keje sini..=)


ni Boss saye la kirenye..Along..Pengarah Hal Ehwal Akademik..tq Along bg byk tunjuk ajar


staf..Puan Khaty (CI), Kak Non, Kak Minah..serta anak2 dorg..

lepas ni, mungkin xkan dtg lagi ke Manjung ni..tp yg pasti saye mesti akan rindu kan kolej ni..isk3..tp, fitrah manusia kan..kalo ade pertemuan, pastinya ada perpisahan..semoga ukhuwah yang terjalin ini akan sentiasa dirahmati Allah..harap dapat bertemu lagi..=) insyaAllah..

WANITA SOLEHAH

Wanita Solehah Idaman Mujahid
www.iLuvislam.com
nurinaqistina
Editor: everjihad




"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”


Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.


”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”


Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)


Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.


”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)


Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan

kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,


" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)





Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.


“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1) "

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)


Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.


“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.


.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.


Aisya Humaira: menarik sungguh artikel ini, jadi saye letak di blog.semoga menjadi tatapan wanita2 dan jugak xlupe kepada jejaka2..semoga menjadi panduan, dan wadah utk menginsafi diri..

Tuesday, December 9, 2008

LA' TAHZAN


La' Tahzan..Jangan bersedih..

mcm2 ujian yang menimpa diri ini sejak akhir2 ini, nak bli tiket bas balik ke rumah Jumaat ini..bas xjalan...(xde bas..)..

semalam...naik bas malam, tp ade org tlh duduk di seat saya...mak saye pon ckp mcm2 dugaan, La' Tahzan..Jangan bersedih...Innallaha ma'assobirin...hari ini hari tasyrik..hari kita mengingati Allah..tu yang mak cakap..

pagi ini pulak apabila sampai di stesen bas, takde teksi nak balik ke rumah...
dengan nekadnye saye berjalan kaki jam 5.50 pagi...nk tngu di stesen bas? isy takutnye..sebab byk kes ragut saye dgr kat situ..saye pon berjalan..dan bertawakkal kpd Allah..tibe2 ade sebuah motor berhenti..mamat ni tny mcm2 dan offer nk teman saye balik sampi ke rumah...Ya Allah, saye sgt takut..stesen minyak Petronas berdekatan tutup..ke mana aku nk pegi ni?...saye berjalan sepantas mungkin..menjawab persoalan nya ala kadar..takut kalo x jawab saye akan buat die mrh lalu die akan buat ape2 pulak..berbohong sunat pon saye lakukan..mamat ni mcm mrh sebab saye xnk die teman saye...wpon saye kate xpe, terima kasih...saye tak tau ape niat die..kalo ikhlas pon, saye xkan percaya pada lelaki yg saye x kenali...tp kalo die berniat jahat...Ya Allah...hanya Tuhan saje yg tahu perasaan saye ketika itu..

die betul2 follow saye..mn saye nk pegi..terus balik rumah?isy, dahle xde sesape kat rumah...pg rumah staf?dorg ade ke? dah balik ker?ikut jln mn ye?..sepanjang jalan saye membaca ayatul kursi...aku sungguh2 tawakkal kpd Mu Ya Allah..selamatkanlah aku Ya Allah...seandainya sesuatu terjadi kpd ku semua itu adalah kehendak dan takdir Mu..akhirnya aku berjalan dgn difollow oleh org itu...sempat jugak die kenalkan diri n bg kad nama die..sampai dah nk smpi ke rumah...tp tibe2..motornye terhenti.. "alamak, minyak habis.."kate die..saye berjalan dengan pantas...sekali lagi saye kate.."xpe, rumah saye dah dekat, terima kasih byk2"...sempat lagi die menjerit "cikgu!!!sape nm cikgu??"..(sebab saye katekan saye ni cikgu)...saye pon menyusur jalan gelap ke rumah staf..dan menyorok di belakang kereta salah sorg staf...menggigil jugak saye ni...punyela takut...setelah yakin saye tidak diekori...baru saye bertindak memberi slm..tp xde pulak org jwb..saye pon call salah sorg staf n mintak die bukak pintu...alhamdullillah...akhirnya saye terselamat...malam ni saye tido rumah stafla jwbnyer..takut...

pasni, saye tak kan dah jalan sorg2 dalam gelap..mmg menakutkan..Ya Allah, aku bersyukur kerana kau masih sayangkan aku..betapa aku rasakan kasih syg Mu Ya Allah...Kaulah yang mengkehendaki segala sesuatu...

LA' TAHZAN...Jangan bersedih...sesungguhnya Allah sentiasa berada bersama2 kita...cuma kita je yang selalu lupe...Yakinlah dengan Allah..sesungguhnya Dialah yang menghantarkan pertolongan...walaupon tak de org nk tlg kite..tp Allah pasti mendengar rintihan hambaNya...

P/S: ingin saye khatamkan buku La' Tahzan yang mak saye bli..tp, ntah bile..saye hny baca topik2 yg saye pilih..tu pon x ingt sgt..insyaAllah...akan saye khatamkan buku itu..

Wednesday, December 3, 2008

THANKS SAHABAT2 KU..



To all my frenzz..yang dah lame kenal dan yang baru kenal..thanks a lot for ur love, support, and friendship...Luv u all..doakan kesejahteraan bersama yaa...=)

INTERVIEW



hari ni saye nak citer sikit pasal interview..em..sape yg interview or sape yang nak diinterview..sepanjang hidup saye ni la..saye pernah interview beberapa kali jela..mase Form 1 untuk jadi pengawas perpustakaan..(gagal)..hehe..pastu Form 4 sebagai Pengawas (pon gagal)...pastu mase Form 4 jugak sebagai pengawas perpustakaan (yea2..kali ni berjaya)..hik3..(minat sungguh ye saye jadi librarian ni..huhu)..pastu mase saye nak keje la..2 kali saye interview..2 tpt kerja ni..2-2 saje berjaya (alhamdulillah...)sebab berjaya so start 15 hb ni saye akan keje di tempat baru...huhu..

hari ni, saye telah dilantik (ceh, mcm poyo je dilantik..saje je dorg suka2 suruh saye sebenarnya..hik3..)menjadi panel penemuduga untuk pelajar2 yang nak jadi fasi bagi program orientasi di kolej saye ni..wpon saye dah pindah tpt keje lain time tu..but..as long as saye masih keje kat sni, saye masih ingin berkhidmat di kolej ni tau..huhu..

saye n Puan Hawa (Clinical Instructor)..menemuramah...opss silap..menemuduga dorg nila..n kebanyakannya dorg mmg students yang saya ajar..hik3..memang mcm2 pesen (fesyen) la..kelakar jugak ye bile kite yang jd interviewer..kui3..tp bgs la jugak utk dorg..spy sorg biase dalam interview ni...(kena speaking pulak tu..huhu)

nway,to all my students yang dah interview?mcm mn?susah kan soalan die (hihi)...yg belum lagi tu..gudluck to u all la ye..chaiyok2!!

Tuesday, December 2, 2008

TAUBAT SEORANG HAMBA



Taubat seorang hamba

Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa

Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah, terimalah, terimalah
Taubatku ini

Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan
Kerna hilang dari jalan
Menuju redha-Mu ya Tuhan
Aaa... Ya Allah
Aaa... Ya Allah

Di hamparan ini ku meminta
Moga taubatku diterima



P/S: saye sangat suka lagu ini..semoga pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita..Amin..

Monday, December 1, 2008

CUTI 3 HARI...(cerita yang dah basi..)hehe

minggu lepas...hari Khamis malam, saye balik rumah tau...seperti biasa..naik bas Eagle..(selalunye Konsortium kalo balik hari Jumaat)..bertolak cam biase jam 9.15 malam then sampai kat Lucky Garden, Yong Peng jam 5.40 pagi..mengantuk sgt..jadi saye pon tido setelah sampai rumah..tiba2 terdengar suara kanak2 yang amat saye rindui laa...saye pon keluar bilik lantas memegang tangan anak sedara saye..kakak izzah...die pon agak tergamam kerana tibe2 je mak iti die muncul..hehe

29 November 2008

Kami pegi bandar BP..buat ape?ade hal sikit..hmm..mcm tak percaya pulak dalam sekejap masa je..saye telah menandatangani dokumen2 yg perlu..maka...saya akan berhutang la selepas ini..huhu

malam ni kami akan ada tetamu..kwn2 saye nk dtg nun dr KL..jam 1 pagi dorg sampai di Tol Air Hitam..mengantuknye saye..huhu..kesian dorg sampai pon dah lewat..kena pulak makan nasi pagi2..(ala2 sahur la gamaknye)...=p

Pagi tu xde aktiviti menarik nk dibuat..lepas sarapan pagi...makan lontong + roti canai..saye bawak la dorg jalan2..pegi mana? hehe..jalan2 sekeliling rumah je..huhu...sebab dorg 1st time dtg kan..huhu..naik buaian..jumpe atok saye, atok sedara saye..



kesian dorg dtg jauh2 tp dpt tgk kampung jela..em..pastu tibe2 ayah saye ckp "kate nak pegi jalan2..xmandi lagi??"..hmm..tibe2 je ade plan jalan2 ni..erm..nampak nye x sia2 la dorang datang kan???..

hmm..selepas bersiap2, ayah saye memberi mandat kepada kwn saye ni utk drive Kancil..huhu..kesian btul..kena jadik driver la pulak..huhu..nak tau kami pegi mana? kami nk pegi BP a.k.a Batu Pahat..iaitu bandar la..rumah saye kan kampung...ikut Yong Peng pastu msk ke Parit Yaani..kali ni ayah saye jadi tourist guide..jadi Encik driver ni kena la ikut je arahan..huhu..kitorg pegi melawat sekolah ayah saye..huhu..SK Seri Telok..ayoyo..ni dah mcm lawatan sambil belajar.. pastu pegi pulak membeli rempeyek atau lebih glamer dengan nama peyek yang diusahakan di rumah..diwar-warkan oleh ayah saye nilah peyek paling sedap...hmm..dorg pun setuju mmg sedap pon..huhu =p

then..kami teruskan perjalanan ke BP..pegi mana ek?..pegi kedai langsir..huhu..sbb ayah saye nak beli langsir..hehe..dorg pon ikut jugakla..kesian dorg..(mesti dorg kate isy2..ni mmg sungguh lawatan sambil belajar)...hmm..pastu ayah saye bawak kitorg pegi pantai Minyak Beku tau..kat situ ade Perigi Batu Pahat..dr situla timbul nama Batu pahat ni..(ni lawatan bersejarah la kirenye..hehe)sayangnye dorg xdpt amik gmbr tugu batu yang sedang dipahat yang tersergam di tgh2 bandar BP ..=(



pastu kami mkn mee bandung yang "didakwa" sedap oleh ayah saye di tepi pantai minyak beku..pastu..dengan ikan pari masak asam pedas..erm..mmg sedap..tapi bagi saye pedasss..huhu

pastu kami pon balik tp ikt jalan Air Hitam, lalu Parit Raja..dpatla dorg tgk UTHM..penatnye dorg..berjalan sehari suntuk..sampai rumah dah pukul 1..dalam pukul 3 lebih..kami sekeluarga menghantar kwn2 saye ni ke Pagoh...esoknye dorg nak balik ke KL semula..

30 November 2008

Bosannye tak tau nak buat ape..huhu..malam ni saye nak balik Perak..tp tiket bus kul 11 malam..lmbt lagi..ptg tu disebabkan anak2 sedara saye nangis2 nak ikut atok die pegi baca Yasin..so, ayah saye lantas bercadang nk ke JB..bwk cucu-cucunda nye menjenguk walid dorg la...lagi pon 1 Disember birthday Kekja & Abg Epul..(birthday dorg same tau..adik beradik kembar la ni...cuma mak dgn ayah je lain2)..sampai sane..pegi skudai Parade, pastu mkn2 di kedai depan Maktab Perguruan..solat pastu balik semula ke Yong Peng..



wah..letih sungguh tiga harian saye bercuti kan??=)

Wednesday, November 26, 2008

26 NOVEMBER...


"ABC special 6!!!"

wah...x sabarnye nak balik rumah hari ni...hehe..semalam 26 November..hari lahir adik saye..semalam jugak kitorg lecturer2 kat sini g Lumut tau..walaupun hujan renyai2 tapi kami gagahkan jua...pegi ke Lumut tu...alhamdulillah x basah..sebab kitorg naik Myvi..hehehe..kitorg bukanla selalu keluar malam2 tau...kitorg ni baik tau..hehe..saje nk release tension...


"emmmmm....sedapnyeeee..."

Erm..pegi kat Marina Wing...tepi laut..walaupon dah msk kat rumah & dah mkn...mungkin sebab ke'stress'an yang melanda..kami order ABC special..sorang satu..RM3..pastu dengan fries & nugget 2 set...tp..mkn tu je pon dekat 2 jam jugak tau..hehe..

P/S: mungkin tu la kali terakhir saye kuar dengan kwn2 kat sini...sebab saye dah nk pindah...sedeynyee...=(

Monday, November 24, 2008

KAHWIN..KAHWIN...jangan tak kahwin..hehe


pasangan pengantin...

semalam kitorg buat rombongan tau..pegi Pendang..jauh tu dr Manjung ni ke Pendang..dekat 4 jam jugak..hmm...buat ape pegi sane?..sebab ade staf kolej yang kawen..1st time pegi Pendang ni...saye suke btul pegi majlis2 kawen ni..amek berkat..biar cepat sikit kawen..hehe..=P

cantik tema dorg..kaler coklat+gold/kuning..erm..nanti saye kawen nk kaler ape ye??huhu...nntla saye fikir..maybe my favourite color kot..huhu..pengantin pon cantik...selamat pengantin baru ye...semoga berkekalan..amin..


comel dorg posing..=)

Thursday, November 20, 2008

GELAGAT ANAK-ANAK BUAHKU...


(adik skrg dah pandai minum air guna botol..dr kecik die xsuke bottle feeding...terpaksala minum susu ibu ye dik..sampai skrg..tp pentingnya susu ibu tu..utk beri antibodi kpd anak...byk tau khasiat susu ibu terutamanya selepas melahirkan anak...utk family planning pun..sebab tu dalam Al-Quran..surah Al-Baqarah ade disebut tentang penyususn susu ibu sehingga anak berumur 2 thn..tgk..betapa ilmu tentang family planning pun ade dlm Al Quran...(pas ni saye jadi ustazah nurse la pulak yer..huhu))


(pandainye die mkn sendiri..wpon br 2 thn lebih umur die..em..betul kata ustaz Hasrizal dalam buku "Aku Terima Nikahnya"..panggilan utk anak tu biarla yang tepat dan sesuai spy ade rase tanggungjwb dlm diri anak2 tu..mula2 kitorg panggil Izzah, pastu bile die dah nk dpt adik..panggil "kakak"..bile die tau die ni kakak dan die ade adik..die jd lebih pandai membawa diri,lebih berdikari, lebih bertanggungjwb..dan pandai bg nasihat kat adik die.."jgn dik..nnt atok marah..." hihi..)


(name saye abdul qayyum...sukenye die ni sampai nampak gigi..dah ade 5 btg gigi tau..kuat menggigit pulak tu..yang jdi mangsa kakak die la..comel2 anak sedara ku ni..semoga jadik hamba yang soleh dan solehah..semoga bertambahla ank2 sedara ku nnt..tp kalo kakak n adik nak sepupu..tnggu mak iti kawen yer..heheh)

Wednesday, November 19, 2008

AISYA HUMAIRA


(Naruto yang sedang blushing...ni gambar hiasan semata-mata)

hmm..ramai yang tanye..kenapa letak nama aisya humaira...
hehe..okla untuk menjawab pertanyaan yang sudah pon dijawab atau yang ade nak tanye tapi tak tertanya...hmm entry kali ini (ceh kali ini..pdhal br je post 1 entry pg td..hehe)saye akan cerita sikit ada apa dengan AISYA HUMAIRA...

sebagai muqaddimahnye...tau kan humaira adalah gelaran bagi isteri Rasulullah s.a.w..Rasullullah menggelar Aisyah r.a dengan panggilan HUMAIRAH kerana pipi Aisyah yang kemerah-merahan...

kalo anda semua nk tau..saye ni cepat sgt blushing..tak tau kenapa..mungkin salur darah kat muka mengembang dengan cepat apabila saya malu dsb..huhu..tak kira la bile cikgu tanya soalan ke, saye selalu mcm tu..padahal bukan ape2 pon..suatu hari..mase nak PMR ni..Form 3...kitorg kena buat praktikal Fardhu 'Ain bertayamum..so, kenala tayamum depan ustazah..hehe..pastu dengan xsemena-mena, muka saye jadi merah..darah menyirap ke muka laa...huhu..then..ustazah..pon panggil saye HUMAIRA..huhu



pastu salah satu sebab lagi..sebab saye suke sgt lagu UNIC..AISYA HUMAIRA tu..huhu..sangat2 suka..wpon dalam lagu tu tidakla memfokuskan cerita tentang Aisyah r.a. yang berpipi kemerah-merahan (wpon ada dlm lirik lagu tu)..tapi ketabahan Aisyah menyokong suaminya Rasullulah dalam menyebarkan Islam..patut dicontohi...jadi..marilah kita menjadi seperti Aisyah ye wahai isteri2 sekalian..hehe =) chaiyok! chaiyok!(saye blom lagi jadi isteri..huhu..)

PULAU PANGKOR


(cantiknye...pulau dan laut...Subhanallah..)

duduk 6 bulan kat Manjung ni..walaupon dekat dgn Pangkor tapi setiap kali plan nak pegi mesti x jadi...hmm..tapi, tula telah ditakdirkan saye berada kat sana 8-9 November yang lepas...menyibuk Family Day yang telah dianjurkan oleh Tadika kakak angkat kwn saye, K.Lyn..(thanx K.Lyn!! =))


(me & syirah..(anak K.Lyn)sebelum ke Pangkor)


(K. Lyn dan Abg Zaidi)

hmm..best tau pegi sane sebab telah dirancang dengan pelbagai aktiviti...(saye join jer..xtau pape huhu)..kitorg naik speed boat tau..(tu 1st time saye naik..huhu..) tapi x la takut pon..pastu mandi laut...makan2 tepi pantai..jalan-jalan tepi pantai..pastu xlupe jugak ade aktiviti sukaneka..jangan x kaji..saye masuk sukaneka "harta karun"..cari gula2 dalam tepung..xbuleh tiup tepung pulak tu..pastu sebelum tu kena bsh kan muka dengan air laut..nak tau saye dpt no brp???..no 1 tau..hehe..(mcm kanak2 la pulak kan??)..


(Adik ku Zhafran dan Pak Cik ku Zaidin..huhu)

pastu ade dinner...mkn, mkn dan mkn sambil ade penyampaian hadiah utk pemenang sukaneka..dan persembahan kanak2 tadika..comel btul dorg ni nyanyi lagu Pulau Pangkor..hehe..saye dpt hadiah lagi utk cabutan bertuah..(wah,bertuah btul kan saye ni??)huhu


(family K.Lyn sebelum dinner..kat depan chalet kitorg..)


di kesempatan yang pendek itu..dapat berkenalan dgn family Kak Lyn...terima kasih la sebab sudi menumpangkan saye di chalet, dan jadi peneman saye kat sane..hehe..

BULAN-BULAN TERAKHIR DI MANJUNG

sedih rasenye nak tinggalkan kolej ni..dah 6 bulan keje sini..mcm2 belajar, mengajar dan lain2...pasni tak tau bile pulak nak dtg manjung ni...antara kenangan di sini...


(sambutan hari raye kolej bersama lecturer2 lain)


(berbuka puasa bersama mentee2)


(nurses day 2008)


(minggu orientasi)

tak dapat nak letak byk2..hehe..nnt boring pulak...
semoga jumpe lagi ye kwn2..rakan2 sekerja, mentee2 dan jugak students...daaa

Wednesday, November 12, 2008

ADIK ANGKATKU...





entry kali ini atas request adik angkatku ..hehe..tp die request supaya citer yg baik2 je tentang die..huhu..erm..tengokla dulu ye..baik ke tidak..
mcm mn boleh jadi adik angkat yer??erm..panjang citernye...opss..lupe pulak..name adik ku ini Norhamizah Hanafi..Terengganu mali..huhu..umur..rahsia..hehe..dah name pon adik of course die lebih muda dr saye kan?
sebenarnye kami ni kenal sejak sekolah mase kat SSP dulu..mase die Fprm 1 saye dah Form 4..kebetulan saye ditempatkan di junior dorm..mksdnye..dalam dorm 2 ada beberapa je form 4 dan yang lain tu form 1..kirenye..form 4 yg dok junior dorm ni mcm role model la utk adik2 form 1 ni..nk dipendekkan citer..die telah mengangkat saye jadik akak die la..hhu..saye xde adik perempuan...so..diela adik perempuan saye...

kitorg br je jumpe last Thursday..hmm..tula 1st time kitorg x gdh..kan mizah kan?? (saye ni mmg kuat bergaduh..tak taula apesal..bukan gaduh la suke ntahla..hny org yang rapat je memahami habit buruk saye ni..hehe)saye stay kat UM dan kebetulan ms tu study week..ksian die sbb kena lyn akak angkt die ni..n kena study..huhu..sori..sokmo dtg pd ms yg x sesuai..
walaubagaimanapun..kitorg dpt berjalan2 di sekitar UM, pastu die htr saye ke KL sentral, mkn Mc D, solat beli cokelat..erm..dan...tata saye..isk3..

erm..tu jela..huhuh..hope 2 c her lagi la..xtau bile pulak dapat jumpe..huhu
to mizah: semoga sukses dalam perjuangan menimba ilmu pt mesin , litar dan ntah ape2 lagi yg kak siti xtau..hhuhu..gudluck ye utk next paper!!chaiyok2!!!!

Tuesday, November 11, 2008

KUMPULAN NASYID YANG DIMINATI


hmm...kalo anda minat nasyid mesti ade satu kumpulan/penyanyi yg anda minat kan?
kalo mcm saye la kan..al-maklumla...saye ni jenis yang setia pada yang satu..kalo dah minat satu..xboleh nak minat yg lain..huhu.. saye minat sangaaaaat UNIC..erm sebab ape?hmm..ade laaa kan?huhu..suke lagu2 mcm AINUL MARDHIYAH, DEMI CINTA SUCI dll..byk laa..hehe

UNIC seunic nama dorang la kan..saye pernah dtg konsert dorg 2 kali..2-2 mase saye blaja kat USM..erm..dorg ni kelakar kot..sebab tu saye suke...erm..byk kenangan dengan UNIC ni..pasal seterika..huhu..=)psl seterika tu dapatla saye dengar lagu kegemaran saye iaitu AISYA HUMAIRA & ATAS NAMA CINTA..hehehe..x sia2 kan pinjamkan seterika (wpon sebenarnye bukan seterika saye..hehe)

Buat Fadzli UNIC..selamat pengantin baru Ogos lepas..maaf x dpt hadir..sbb konvo..salam kpd zaujah ye..=)
Buat Fitri UNIC...selamat teruskan perjuangan belajar
Buat Bazli..erm..bile nak walimah? hehe

Monday, October 27, 2008

CINTA


Cintamu pada Ilahi
Menggamit hati sanubari
Sujud bersama mencari redha-Nya

Tutur bicara dan ketegasan
Hikmah dalam setiap teguran
Menjadikan ku insan solehah di sisi mu

Cintamu pada Tuhan yang Satu
Tiada tandingannya
Memekar cinta ku pada mu
Landasan kepada Cinta-Nya

Moga cinta terus bersemi
Dalam redha kasih Ilahi
Menuju syurga abadi

Thursday, October 23, 2008

SPORTS

Bersukan ni baik untuk kesihatan, selain daripada tu dpt la jaga badan..lagi2 musim raye ni..mkn mcm2..huhu..saye suka sports..tp dah lame x bersukan..xde tempat yang sesuai..huhu..saye suke try mcm2 sukan la...saye pernah berkayak, main hoki, maain basketball, handball, netball, volleyball, termasuk kaya ball pon...huhuhu..kalo sukan2 nabi pulak..

1. memanah (saye masuk ko-k memanah mase kat USM..dapat A tau..huhu..ade gak dapat kuning..huhu..kire terer la..tapi hijau pon banyak..kui3)



2.berenang (erm, saye memang takut berenang, tp setelah pg Pulau Perhentian dan blaja asas berenang & water confidence, okla..boleh nak berenang tapi dengan syarat ade life jacket..hehe)

3. berkuda (ni je sukan yang saye x pernah try...jadi xboleh nak komen la..hehe..)


antara sukan yang saye paling suka ialah basketball & handball..saye main handball since skolah rendah lagi..kat SSP pon saye main handball..(school player+ captain..hehe)last skali main handball kat USM, game lawan dengan year 4, mase tu saye year 3..menang tau..hehe..saye shoot 1 gol je..huhu



erm..basketball pulak..saye blaja main mase kat skolah menengah..pastu kat USM..saye try main..xsangka pulak terpilih utk wakil desasiswa..huhu..dr segi ketinggian..erm..tu memang disadvantage la..saye memang pendek pon..huhu..last skali main basketball..bukan main la..huhu..shooting..mase kat penang hari tu...mase pg amek jubah konvo..teringin sangat nak shooting..so, pegila kat booth ASTRO..huhu..dapat hadiah transformer ntah ape2...kui3

MERISIK...


lame tak update ni..huuhuu..ade ape dengan merisik ye?...mesti korang tertanya2..siapa?di mana? bagaimana? apa?knp?..(saye agak je =P)sebnarnye merisik ini adat je ke atau mmg digalakkan oleh Islam?

Hmm..adat merisik..knp nk merisik?sbb nak tau org tu dah berpunye ke blum kan? kalo dah memang sah dorg ni bercinta, perlu lagi ke merisik ye??kui3..sebab adat..so layan jela.."dah berpunye?" tanya pihak lelaki...pihak perempuan pon jwb.."belum"..kata pihak lelaki lagi.."kalo belum, kita tetapkan tarikh utk bertunang, atau nak sarung cincin terus?huhuh"..(dialog ni saya reka je..xde kaitan dengan saye...kui3..erm, tp dalam Islam kite x boleh meminang orang yang telah dipinang..jadi baik la merisik dulu..=)

ermm...dulu org merisik datang rumah..hantar wakil.la ni dah canggih...guna jari pon boleh (sms je..)..atau pon call..erm...kalo dtg rumah lagi nmpak bersungguh kan?huhu..jadi peluang untuk direject akan kurang sebanyak 0.01% sekiranya calon adalah org yang tiada sebarang hubungan dgn pihak perempuan la...kui3..(ni hipotesis je..hehe)

boleh ke, kalo lelaki tu sendiri yang merisik ye? perlu ke hantar wakil? saya pon xtaula..huhu..and the worst thing is mcm mn nak respon kalo nak reject risikan tu...kui3..kalo kite mmg blum berpunye?...hmmm...susah kan???
ade sesape nak bagi idea?...=)

Thursday, October 16, 2008

KOMEN TENTANG BLOG...


hari ni topiknye ialah komen2 orang lain tentang blog saye..huhu..
rasenye tak ramai yang drp komen..tp ade jugak yang komen melalui YM, verbal dan sebagainya..(yang komen dlm hati tu x taula kan? huhu)

Ini antara komen yang saye terima la..
"ko bnyak citer pasal family.." - erm, saye jawab mmg saye suke citer pasal family, kalo nk citer pasal org yg komen tu pon boleh jugak..kui3

"penuh blog ko?..mesti ade org tolong penuhkan sbb ko mmg x pandai pon nak buat"(nada perli)- erm..huhuhu..tu memang satu kelemahan saye yg mmg x dpt disangkal lagi...saye mmg xpandai nak "godak" komputer..huhu..penuhnye blog saye ni sbb kwn saye tolong penuhkan...(thanx to zhaf..)

"tambahla stream audio.."-wahaha, ape ke mendenye stream audio?(org buta komputer la katekan)rupe2nye mcm letak radio IKIM ke..ooo..hehehe spt jwpn di atas..saye memang tak reti..kui2..insyaAllah kalo dah balaja nnt saye tmbh...=)

"tukarla background yang lebih memberangsangkan utk org baca"...-ermmm..background ni saye yg pilih...huhu..nak tukar ek??ermmm..xpastila...sebab blom balaja jugak...
kui3

sedikit makluman tentang artikel chikugunya..tulisan tersebut adalah untuk pengetahuan anda..tiada tujuan lain..sekiranya ade terdapat tanda2 sakit kepala yang teruk, demam tinggi, cirit-birit, sakit sendi, muntah dan ruam seperti dalam gambar..segerlah berjuma doktor..sebab kemungkinan anda dah terkena CHIKUGUNYA...

nway..thanx ye bagi komen kwn2 ku..kalo ade komen yg x tertulis tu..bukan x diterima..tapi terlupa laaa..hehehe...maklumla..saye budak baru belajar..kalo salah tolong tunjukkan...kui3..=)

Monday, October 13, 2008

SIFAT AMANAH

rase-rasenye sume orang tau sifat amanah ni..sifat amanah ni salah satu daripada sifat wajib nabi kan?ade 4 sifat nabi yang kita sume tau iaitu siddiq, AMANAH, tabligh dan jugak fatonah...lawan bagi sifat AMANAH ni adalah KHIANAT...

Ape maksud amanah ni? Dari segi bahasa, amanah berasal dari perkataan Arab, bermaksud tenteram, aman, terselamat dan harmonis.

Dari segi nilai dan akhlak, amanah bermaksud menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Dengan kata lain, amanah ialah tanggungjawab yang diterima seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab ini dilaksanakan dengan sempurna, ia merasa tenteram, aman, terselamat dan harmonis (Mohd Nakhaie Hj. Ahmad 1996:2).


Amanah Sebagai Syarat Berimannya Seseorang

“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya” (Riwayat At-Tabrani).

“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (Riwayat Ahmad).

“Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat Ahmad).


Amanah Sebagai Pengukur Kemunafikan Seseorang

“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianati” (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad Ibnu Hambal).

“Tiga perkara yang jika terdapat salah satu daripadanya, bererti terdapat tanda munafiq sekalipun ia berpuasa, bersembahyang, menunaikan haji, umrah dan mengakui dirinya seorang Islam iaitu apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia memungkirinya dan apabila diamanahkan ia mengkhianatinya” (Riwayat Abu al-Syeikh).

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercerita ia dusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepi kebenaran (menegakkan benang basah) (Riwayat Ahmad).

kadang-kadang kite ni suke amek mudah tentang sifat amanah ni..mcm saye mase kecik2 dulu la..kalo atok saye suruh sampaikan pesan kat atok sedara yg dok sebelah kanan umah saye..saye mesti xsampaikan..sebab kdg2 saye pk pesanan tu remeh-temeh je..xsampaikan pon x ape...satu hari, atok saye tanye "dah bagtau blom atok jenab ape yang atok soh pesan td?"..mase tu saye dengan selamba menjawab "blom.."..pastu ape yg saye x sangka atok saye tibe2 memberi tazkirah kat budak kecik ini, mase tu umur saye dalam 6-7 tahun kot..."Jadi org kena amanah tahu?" ...bermula dr saat itulah...baru saye tahu..contoh sifat amanah tu mcm tu rupenye...sbb yg saye tahu dulu mase kecik contoh sifat amanah tu..kalo org bg pinjam barang kat kite kite kena jaga baik2, sebab tu brg die...Impaknya, semenjak daripada peristiwa tu saye dah x berani jadi org yang tak amanah...(berkesan sungguh la tazkirah atok saye kan??)

ermm..mungkin byk lagi contoh sifat amanah ni..tapi saye xdapat nak bagi contoh yang dekat dengan kita..semoga kita semua mencontohi sifat Rasullullah s.a.w (selawat ke atas nabi) ini...

Sesetengah artikel ini saye petik daripada artikel Pengukuhan Nilai Amanah:Sumber dan Perkaedahan oleh Profesor Muhammad Syukri Salleh...(terima kasih ye Prof..)

Untuk bacaan lanjut lawati website ini:
http://www.geocities.com/muhammadsyukri/INTANAmanah.html

Sunday, October 12, 2008

BARU NAK BERAYE..

Sabtu lepas, barula saye nk start beraye..al-maklumla br sihat sikit...jauh pulak tu beraye ke Tg Karang..rumah kawan saye Zhafran yg saye knal ms kt mtrik dulu...lame xpg sane setelah 22 bulan kire dekat 2 thn la..plan punye plan akhir nye jadi jugak pegi ke sana..

Saya pegi bertiga, ade jugak kwn Zhafran yg dtg iaitu Salfa dan Iqbal..dorg ni geng2 nasyid ms matrik dulu..saye je bukan...kui3

Linda, Cik Su & Saye kat rumah Zhafran

Salfa, Zhafran & Iqbal

B4 pegi mmg xtau nk pakai bj ape..sbb nk jln jauh ni...kalo pakai jubah seluar ok jugak sebab nk naik turun bas..hm..kitorg bertiga mmg pening..huhu..tp atas satu sebab saye pon pakai jubah yg saye pakai ms majlis berbuka kolej...mlm Rabu tu jenuhla menyembat jubah tu sebab labuh sgt..kena sembat sikit..tp jahit silang pangkah jela..nak cepat katekan...tu pon paham2 la mmg x kemas pon jahitan..al-maklumla lame dah x menjahit..kui3

Pg tu teksi sampi lmbt...rupe2nye tyr pak cik teksi kena paku..kesian pak cik..sbb xnk kitorg tertinggal bas..pak cik bwk laju..pastu risau giler sbb tiket tu ade 2 masa..9am n 9.15 am..bas ni dah sampi ke ek? sbb sampai stesen bus da 9.02 am mcm tu...Sampai sane dah kul 12.15 tgh hr..bajet sampi 11 lebih..huhu..Mcm2 dugaan..tu la..lain kali nk g mn2 tu bgtau la mak dulu...pdn muka...

ah kat rumah zhafran, mkn kuih sementara tunggu Salfa n Iqbal..pastu dorg sampi kitorg mkn la nasi..erm..mak die masak byk sgt..(x taula lauk ape yg zhafran tlg msk..huhu).. ade resepi keluarga die ayam msk ros (die kate kalo guna daging lagi sedap), ade sayur labu+kacang panjang msk lemak, pastu ade kelapa+tempoyak, pastu ade ikan msk x tau, ayam organik produk HPA dsb..minum pun air jambu batu merah juga produk HPA...

Di Bukit Malawati jejaka nasyid skema...& muslimah comel


pas mkn tu solat dan lebih kurang kul 3 lebih kami pon beransur la dr rumah die...sebab nak pg Bukit Malawati...kitorg kena balik pas Asar sebab nak kena naik teksi ke Klang n naik bus balik Perak. Best jugak pg Bukit Malawati tu..byk monyet...takut..yg paling saye x leh lupe, ade sekor monyet ni mintak eskrem saye...xtaula knp eskrem sy yg die nk..maybe sebab die tgk saye mkn mcm sedap je..huhu..saye punyela takut...saye undur selangkah..die pun maju selangkah...saye mmg takut sgt2..sampai menggigil...xde org nk selamatkan saye ms tu..pastu dah byk kali monyet tu mintak siap berdiri dgn hulur tgn lagi...saye xboleh pk lain selain bg eskrem tu kat die..saye pon letak eskrem ats tanah n lari...mmg takut giler..nk menangis pon ade...mmg sampi bergenang air mata la sebab terlalu takut...


Makan eskrem di Bukit Malawati


Monyet2 di Bukit Malawati...

Pastu kitorg gi solat n masing2 pon balik ke destinasi masing2..hmm..mmg jauh perjalanan balik dr Klang ke Manjung tu...kesian kat kwn2 saye...kpd Linda n Cik Su..sori sebab susahkan korg kena teman aku g beraye jauh2...aku tau korg mmg penat..sori bangat...n thanx sgt2 sebab sudi temankan aku..kalo korang x teman, aku konfem x pegi...huhu..Kpd Salfa & Iqbal...nice meeting u all..wpon x berckp sgt..huhu...tp kite kan KMM jugak..kire member la jugak tu kan..kui3..Thanx to Zhafran & family sebab susah2 prepare utk kedtgn kitorg..pastu tq jugak ye belanje kitorg naik tren n mkn eskrem kat Bukit Malawati tu...=)

HANDSET

saye br berhajat nak bli handset..xtaula kenapa masa bulan pose hr tu rase nak sgt handset baru..hehe..bajet kaya sangat la tu..tp nampaknye x dpt nk bli lagi..sebab bajet dah lari..tunggula bulan2 depan pulak...hohoho..(duit kena bajet..mesti simpan..huhu..untuk mase depan..nak kawen nnt kan senang..kui3)

ni handset saye yang saye guna skang..handset lecturer mcm ni je..huhu..handset student..mak oiii...canggih manggih...tapi nila model handset yg digunakan dalm filem fenomenal AYAT-AYAT CINTA...x caye..tg citer tu btul2...kui3..saye syg sgt handset ni sebab mak saye yg belikan..mase tu harga die RM285...dibeli pada 14 Mei 2006..time tu saye blaja so mmg xde duit..terpaksa la mintak mak yg belikan sbb handset lame dah rosak...





ni handset idaman saye...NOKIA 5000..hari tgk kat Billion Manjung RM365 nett..ermm...berkenan sangat..tak tau la bile dapat bli...huhu


GAMBAR HARI RAYE



tema baju raye tahun ni kaler purple...jadi sume pakai purple..termsukla saye..tp saye xde bergambar pon..sebab dok kat rumah je...sakit..=( mak pon xde sebab mak jage saye kat rumah...nizam? die manela nak balik kg..die ikut marhaban ngan kwn2 kt kg..



ABDUL QAYYUM




KEKJA & QAYYUM





MAK CIK SAYE & MY FAMILY

ZIARAH KUBUR ATOK KAT TANGKAK