Monday, September 22, 2008

KONVOKESYEN


Pada 16 Ogos yang lepas, kira-kira dekat sebulan lebih dah..akhirnya berjaya jugak mendapat segulung ijazah...walaupun ijazah tu bukan lah digulung2..malahan ada 8 keping transkrip..byk tu..maklumlah 8 semester belajar di USM Kelantan, dalam jurusan Sains Kesihatan (Kejururawatan)..(jururawat???oh tidak!!! huhu)

Seminggu sebelum konvo, amatla sibuk dan penat..al-maklumla..kerja kat Perak, pastu kena pegi Penang pulak amik jubah..naik bas, naik teksi, naik feri, naik kereta, naik jambatan...huhu..memang penat...pegi cari motel untuk menginap..pusing2 Georgetown, sampai sesat-sesat..nasib baik ade pakcik polis trafik tolong kitorg..huhu

Walaupun penat sebab pukul 9 malam bertolak dari Perak, pukul 12 malam sampai di Penang tapi alhamdulillah segala-galanya selamat. Tak sempat nak bergambar dengan kawan-kawan, tapi sempat bergambar dengan family jelah..hehe

Paling tak sangka, ade plak gambar saya kat poster yang digantung di Pesta Konvo USM..Gambar tu sebenarnya masa saya Tahun 3 Semester 6 di USM..mase tu tengah nak buat video promo untuk USM la kirenye...utk road show..memang berlakon la kat skill lab...dan kat computer lab..tak sangka pulak gmbar saya terpilih untuk dijadikan banner..nak tergelak pon ade bile tengok gambar tu...
Mase bergambar dengan poster tu..orang yang lalu lalang cakap "Eh, same la.."...
memang la same sbb memang saya yang dalam poster tu...hehe =)



Impian semasa konvo ialah nak lambung mortar board tinggi-tinggi hehe..dan....mission accomplised!! Saya berjaya melambung mortar board tu...dengan beberapa kali cubaan..(untuk dapatkan gambar yang lebih real dan cantik..huhu)




























No comments: