Monday, October 13, 2008

SIFAT AMANAH

rase-rasenye sume orang tau sifat amanah ni..sifat amanah ni salah satu daripada sifat wajib nabi kan?ade 4 sifat nabi yang kita sume tau iaitu siddiq, AMANAH, tabligh dan jugak fatonah...lawan bagi sifat AMANAH ni adalah KHIANAT...

Ape maksud amanah ni? Dari segi bahasa, amanah berasal dari perkataan Arab, bermaksud tenteram, aman, terselamat dan harmonis.

Dari segi nilai dan akhlak, amanah bermaksud menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Dengan kata lain, amanah ialah tanggungjawab yang diterima seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab ini dilaksanakan dengan sempurna, ia merasa tenteram, aman, terselamat dan harmonis (Mohd Nakhaie Hj. Ahmad 1996:2).


Amanah Sebagai Syarat Berimannya Seseorang

“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya” (Riwayat At-Tabrani).

“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (Riwayat Ahmad).

“Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat Ahmad).


Amanah Sebagai Pengukur Kemunafikan Seseorang

“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianati” (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad Ibnu Hambal).

“Tiga perkara yang jika terdapat salah satu daripadanya, bererti terdapat tanda munafiq sekalipun ia berpuasa, bersembahyang, menunaikan haji, umrah dan mengakui dirinya seorang Islam iaitu apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia memungkirinya dan apabila diamanahkan ia mengkhianatinya” (Riwayat Abu al-Syeikh).

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercerita ia dusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepi kebenaran (menegakkan benang basah) (Riwayat Ahmad).

kadang-kadang kite ni suke amek mudah tentang sifat amanah ni..mcm saye mase kecik2 dulu la..kalo atok saye suruh sampaikan pesan kat atok sedara yg dok sebelah kanan umah saye..saye mesti xsampaikan..sebab kdg2 saye pk pesanan tu remeh-temeh je..xsampaikan pon x ape...satu hari, atok saye tanye "dah bagtau blom atok jenab ape yang atok soh pesan td?"..mase tu saye dengan selamba menjawab "blom.."..pastu ape yg saye x sangka atok saye tibe2 memberi tazkirah kat budak kecik ini, mase tu umur saye dalam 6-7 tahun kot..."Jadi org kena amanah tahu?" ...bermula dr saat itulah...baru saye tahu..contoh sifat amanah tu mcm tu rupenye...sbb yg saye tahu dulu mase kecik contoh sifat amanah tu..kalo org bg pinjam barang kat kite kite kena jaga baik2, sebab tu brg die...Impaknya, semenjak daripada peristiwa tu saye dah x berani jadi org yang tak amanah...(berkesan sungguh la tazkirah atok saye kan??)

ermm..mungkin byk lagi contoh sifat amanah ni..tapi saye xdapat nak bagi contoh yang dekat dengan kita..semoga kita semua mencontohi sifat Rasullullah s.a.w (selawat ke atas nabi) ini...

Sesetengah artikel ini saye petik daripada artikel Pengukuhan Nilai Amanah:Sumber dan Perkaedahan oleh Profesor Muhammad Syukri Salleh...(terima kasih ye Prof..)

Untuk bacaan lanjut lawati website ini:
http://www.geocities.com/muhammadsyukri/INTANAmanah.html

5 comments:

ZHAFRAN said...

APABILA AMANAH DIBERIKAN KEPADA MEREKA YANG BUKAN AHLINYA, MAKA TUNGGULAH SAAT-SAAT KEBINASAAN.

puteri_yuswa said...

saya tengah buat tugasan pendidikan islam...terjumpa blog nie...tahniah...blog yang menyampaikan ilmu ni bagus...
salam perkenalan..
http://princesssheart.blogspot.com/

puteri_yuswa said...

blog yang baik..menyampaikan ilmu...saya terjumpa blog ni semasa buat tugasan pendidikan islam..nak cari maksud amanah...
salam ukhuwah..
http://princesssheart.blogspot.com/

Anonymous said...

salam Ramadhan..
tengah cari bahan utk kajian kes...
nilai amanh dalam berpersatuan..

tiba2 terjumpa blog ni..
syukurlah..
byk membntu..
trima kasih byk2..

truskanlah nilai murni ni ye..
gudluck! ('',)v

yop kelantan said...

amanah dan menunaikannya..??

ISLAM CHANNEL