Kenapa kita sukar nak luahkan perasaan kasih dan sayang kita pada kedua ibu bapa?
Mungkin disebabkan memang keluarga kita bukan jenis yang menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan atau perkataan...
Daripada blog seorang sahabat saya, yang saya baca pg ini..mungkin maksd yg ingin disampaikan berbeza dengan ape yg saye interpretasikan...
AKU TIDAK MAMPU MEMBERONTAK
KERANA ITU BUKAN CARANYA
AKU TIDAK INGIN DERHAKA
KERANA ITU AMAT KAU BENCI
AKU AKHIRNYA BERPUTUS ASA
TAPI ITU BUKAN PENGAKHIRANNYA
KAU BERIKANLAH KEKUATAN HATI DAN DIRI
AGAR TUJUAN SEBENAR ITU DAPAT KU CAPAI
MENGEJAR KEREDHAANMU
MENEBUS KESALAHAN
HINGGALAH AJAL YANG KAU TETAPKAN ITU MENJEMPUTKU
DALAM UKHUWWAH YANG KEKAL SELAMANYA
..INSYAALLAH..
http://shahril.blogdrive.com/
bait-bait ayat ini begitu menggamit hati saya..Ya Allah..betapa aku tidak ingin menjadi anak yang derhaka...bergenang juga air mata di pelupuk mata ini...
biarlah aku ini menjadi seorang anak yang solehah...yang sentiasa membahagiakan kedua orang tuaku..walaupn sukar untuk kulafazkan kata-kata sayang tapi sebenarnya...
tiada orang lain yang paling aku sayangi di dunia ini melainkan MAK & ABAH serta keluarga ku...I LOVE YOU ALL very much...terima kasih atas segalanya
Lafaz Yang Tersimpan
Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com
Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu
Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu
Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata
Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan
P/S: renungkan...
1)kita selalu fikir berapa bayak kali hati kita sakit disebabkan ibu bapa kita, ada tak kita fikir berapa bayak kali ibu bapa kita menangis sebab perangai kita? kita xnampak sebab ibu bapa xpernah tunjukkan kesedihan hati pada kita...
2)kita selalu fikir banyak yang ibu bapa kita tak bagi kat kita, banyak benda yang kita xdapat, tapi pernah tak kita fikir kalo kita diberi peluang membalas jasa ibu bapa kita, adakah kita mampu membalas apa yang pernah kita dapat dan terima daripada ibu bapa kita?...=(
New stock chiffon lace free size
11 years ago
No comments:
Post a Comment