Sambungan novel 4…
Pagi ini aku berkeras untuk menghantar suamiku ke airport, walaupun dia melarangku.
”Tak payahla hantar abg sayang, abg kan boleh naik teksi..”
” Kenapa pulak tak boleh? Bukannya ada kerja nak buat hari ni..lagipun hari ni kan hari Ahad?” Aku tidak puas hati kerana tidak dibenarkan menghantarnya. Muka muncung ku menyebabkan dia mengalah dan membiarkan sahaja aku mengambil kunci kereta dan menghidupkan enjin.
Sepanjang perjalanan, kami hanya diam sahaja. Aku masih melayan rajukku. Dan aku tahu sebenarnya dia berkecil hati dengan tindakan ku ini.
Dalam hatiku mengomel sendiri...” Abg ni tak tau ke org tengah sedih die nak pergi outstation, org nk hantar pg airport pon tak boleh. Cubalah faham perasaan isteri abg ni...syg saje je nak hantar pg airport spy syg dpt berlama-lama dengan abg sblm abg pg, kalo x hantar, dari rumah tadi kita dah terpaksa berpisah” Hatiku sudah berfikir yang tidak-tidak. Agaknya dia akan pergi dengan perempuan mana sampai tak bagi aku hantar pg airport. Isy2...astaghfirullahal ’azim..ape aku fikir ni, tak baik buruk sangka pada suami sendiri.
Setelah agak lama suasana kereta hanya dihiasi alunan muzik dari CD, tanpa sepatah bicara yang keluar dari bibir kami berdua, aku sudah terasa serba salah kepada suamiku..Aku tak nak jadi isteri yang tidak taat pada suami, tapi aku hanya mahu suamiku mengerti kenapa aku bertindak sedemikian. Lalu, kumulakan dengan kalimah ”Assalammualaikum..” suamiku hanya diam, aku tiada idea untuk memulakan bicara. Sejurus selepas itu dia menoleh ke arahku dan berkata ”Oh, ade org rupenye sebelah abg ni, ingtkan abg drive sorang2 je..waalaikumsalam”..Isy, terkena sebiji kat muka aku..malu aku dibuatnya..
Dengan berani aku bertanya, ”Abg, knp abg xbg syg hantar abg pg airport?” Dengan nada suara seperti pesalah yang ingin dihukum dan membuat muka simpati memohon jawapan yang tulus ikhlas dari hatinya. ”Erm, ok syg, dengar sini ape abg nk ckp..abg pon sedih nk berpisah dengan sayang, tapi abg tak nak la tnjuk yg abg sedih sgt, lgpon kan abg nk pergi kerja, bukan pergi holiday, nak cari duit utk kita kan? Abg tak bg syg htr abg sbb, abg tak nk susahkan syg, nnt balik dari airport syg kena drive sorng2, abg risau tahu...” Aku terkedu mendengar jawapannya...Ya Allah ape la yang aku dah buat ni? ”Abg..sori sgt..sbb dah buat abg susah hati..syg xbermaksud nak buat abg kecil hati dengan tindakan syg ni, knp abg tak cakap dr rumah tadi?”
”Hm..nk cakap mcm mn? Dah tu syg dah tarik muka masam, merajuk dgn abg pagi2 buta..” Isy kena perli lagi..omel ku dalam hati..
Sepanjang perkahwinan kami, aku bersyukur mendapat suami yang sabar menghadapi kerenah ku ini, kadang2 aku sukar untuk meluahkan sesuatu, tetapi jika aku tidak puas hati merajuk la modal ku yang paling besar. Dan dia cukup faham, bila aku merajuk, senyap adalah modal yang dia akan balas padaku sehinggalah aku membuka mulut untuk berbicara. Dan dia juga tahu rajukku tidaklah lama. Lagi 30 minit untuk sampai ke airport, masa yg singkat itu, aku habiskan dengan berbual2 dengan suamiku..(hargailah masa bersama, jangan lah masa yang singkat dihabiskan untuk bergaduh =) hehe)
Sampai di airport, aku terus menghantarnya ke balai berlepas. Lagi 1 jam, flightnya akan berlepas ke kuantan. Syahdu situasi ketika itu, seperti biasa, tangannya kukucup. Lama. Aku seboleh-bolehnya tidak mahu menangis di hadapannya, tapi air mataku yg hangat telah setitis dua mebasahi tngannya..Segera kutarik tanganku dari tangannya. Ingin kuseka air mataku, namun tangannya segera menyeka air mata yg jatuh di pipiku, dan didakapnya aku dalam pelukannya sambil berbisik, ” sayang jaga diri baik2 tau, abg dah smpi nnt abg call..hari2 abg call sy ok? Tak mau la bila abg tak de, hari2 syg nangis mcm ni..” suamiku menyeluk poketnya dan mengeluarkan sesuatu ” Nah, utk syg...chocolate cadbury blackforest..satu hari mkn 1 bar je tau, jgn habiskan semua satu hari..hehe” Aku melepaskan pelukan dan mencubit nya..”Abg ni org tgh sedih2 die perli pulak..ok syg mkn 1 bar je satu hari..xhbskan semua dlm 1 hari...” senyuman terukir di bibirku..”Ok syg, abg masuk dl, drive carefully ok, jgn bawak laju2..kalo jalan jammed, sabar jela ye, tula sapa yang suruh syg htr abg?” Aku membuat muka tidak puas hati dengan usikannya namun seketika itu kulemparkan senyuman yg plg manis buatnya..”Abg jg diri jugak, jgn nakal2 kat sana tau, kalau abg nakal siapla..” Kami melambai antara satu sama lain. Setelah dia hilang dari pandangan, barulah aku beredar ke parkir untuk pulang. ”Ya Allah, selamatkanlah perjalanan suamiku yg mencari rezeki untuk kami sekeluarga” doaku dalam hati.
No comments:
Post a Comment