Prolog
Kedinginan pagi ini menusuk hingga ke tulang belulang ku. Terpisat-pisat aku membuka mata, serasa ingin bermalas-malasan saja pagi ini. .Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk hidup..kesempatan untuk bertaubat barangkali, memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan yang aku lakukan semalam. Terngiang-ngiang di telinga ku lagu "Thank You Allah"...terima kasih Ya Allah..atas nyawa yang kau pinjam kan padaku, udara yang kau berikan percuma padaku, atas segala yang kau berikan sepanjang hayatku ini..."thank you Allah, thank you Allah".
Seusai solat subuh, aku bertafakur sebentar...mengenangkan apa yang telah aku lakukan, muhasabah diri yang lemah ini...Tikar sembahyang aku lipat kemas dan gantung di tempat asalnya. Telekung yang membalutiku, kulipat dan sangkut pada hanger dan digantung bersebelahan dengan sejadah.
(Nk citer kisah cinta ke kisah sblm kawin ke dah kawin ek? huhu..citer cinta jarak jauhla best sikit hehe)
Sebaik saja aku bangun dari tidur yang lena tadi, segera aku teringatkan seseorang, "Oh, suamiku...dah bangun ke belum untuk solat subuh"..kulihat hanset di sebelah ku..ade 2 missed calls dan 1 new message..erm..ternyata suamiku! Kenapalah aku tak tersedar langsung bunyi handset tadi? Mesej baru ku buka dan membacanya, "Salam, bangun solat...('',)" smiley itu membuatkan aku tersenyum sendiri dan bersegera bangun..
Hm, orang cakap susah kalau duduk asing-asing ni..lagi-lagi selepas kahwin..hm, btul atau tidak terpulang pada pasangan. Hampir 9 bulan usia perkahwinan kami, buat masa ini kami terpaksa berkorban untuk tinggal berasingan. Ape boleh buat, suamiku masih baru lagi berkerja di syarikat yang main branch nya hanya ada di Kuching, Sarawak. Aku pula, masih terikat dengan kontrak di sebuah kolej swasta. Prinsip kami, "Kesetiaan dan persefahaman penting dalam sesuatu perhubungan".
Setelah bersiap, segera aku membalas mesej suamiku..."sori xdgr call, penat sangat kot smlm..=)"
bersambung....
isy2, ni citer temberang je ni...kui3...
merapu di pagi hari...
New stock chiffon lace free size
11 years ago
No comments:
Post a Comment