Tuesday, September 29, 2009

sambungan novel 3

alhamdulillah, suamiku telah ditukarkan di new branch di KL.bestnye..sekian lama dekat setahun duduk berjauhan, sekarang bolehlah duduk sama-sama. betapa hepinye aku mendengar khabar itu semasa suamiku call sebulan yang lalu.

"assalammualaikum, syg..buat ape?".."wsalam..erm..tgh tido..kenapa?" dengan nada mengantuk aku menjawab panggilannya..suamiku tergelak di hujung talian.sebenarnya tak perlu pon dia tanya apa yang aku sedang buat, sebab dia memang sedia maklum yang aku ni jenis yang tidur awal dan kala itu jam menunjukkan angka 11.32 malam. rasa geram juga sebab tidurku terganggu dek panggilannya di malam itu tapi jarang suamiku call malam-malam begini, pasti ada sesuatu yang ingin diberitahu dan tatkala mendengar suaranya walaupun mengantuk yang amat tetapi terasa kehangatan suaranya di cuping telingaku..mungkin kerinduan di qalbu menyebabkan hatiku rasa ingin terus berbicara dengannya.
"syg, abg nak bgtau ni.." erm, ape die?".."syg ni ngantuk2 pon byk ckp jugak ye, tngula abg hbs ckp dulu..huhu" terdengar gelaknya di hujung talian..aku hanya tersenyum.."syg,start next month, kite dah boleh duduk sama2 tau.." suamiku menamatkan ayatnya di situ tanpa sebarang penerangan.mungkin menunggu reaksi dariku.." mksd abg??" aku rasa aku dapat mengagak ape yang ingin diberitahunya, tapi aku sengaja bertanya, untuk memastikan telahan ku itu benar. "abg, akan kerja kat new branch kat KL".."erm..yeke?..alhamdulillah..senyum terukir dibibirku..air mata keriangan juga turut sama mengalir.terlalu gembira barangkali. "esok kita citer ok, abg dah ngantuk ni..gudnite humaira syg, asslammualaikum"..."ok, gudnite..wsalam.tido elok2 ye.."

tapi, duduk bersama ni bukan senang rupanya...buat sementara waktu, kami duduk di rumah sewa yang berdekatan dengan ofis masing-masing. baru seminggu duduk bersama, suamiku memberitahu yang dia harus pergi kursus selama 3 bulan. aku tak dapat menggambarkan perasaan aku ketika itu, sedih atau entahlah.
satu petang selepas balik dari kerja, seperti biasa aku yang pulang awal darinya siap menyediakan minuman kegemarannya dan menunggu kepulangannya. itulah yang aku cuba biasakan diri untuk lakukan setiap hari selama seminggu ini kerana selama ini kami tinggal berasingan. aku cuba melakukan yang terbaik utknya lantaran banyak tanggungjawabku padanya terabai selama ini.
bunyi deruman kereta masuk ke porch mematikan lamunanku. segera aku bangkit dari sofa dan membuka pintu untuknya. "assalammualaikum.." "waalaikumusslam.." jawabku sambil melemparkan senyuman yang kukira agak manis pada pandangannya..=) Tangannya kusambut dan seperti biasa kukucup dengan penuh kasih sayang. suamiku membalas dengan satu kucupan di pipiku.."humaira, abg rasa syg ni mcm makin berisi la.." "erm, yeke?...tp syg rasa cam biase je.." suamiku tersenyum dan merenung wajahku. lama.."knp pandang mcm tu?" soalku segera ingin mematikan renungannya yg sebenarnya menggetarkan nubariku. "tak ada apa, cuma..erm...pipi syg abg ni mcm dah tembam sikit.." katanya sambil terus tersenyum. "jahatla abg ni.." satu cubitan manja kuberikan padanya.

selepas solat Asar berjemaah, suamiku turun ke bawah untuk menonton televisyen dan aku segera persiapkan diriku dengan menyisir rambut di hadapan cermin..erm, bila lagi kan nk melawa depan husband. aku mmg gemar mengikat sedikit rambutku dan menyepit rambut..mcm pelakon korea dalam Full House tu..sambil menyisir rambut aku menyanyi kecil..
" cinta antara kita, tiada penghalangnya walau akhir usia, kumenyinta dirimu, kuhanya menunggumu menyata kau cintaku, ku kan berjanji menyintamu sayang..." lagu yang kukira hits saat itu.."ehem2.." nyanyian ku terhenti.."abg tak pernah tahu pun yang wife abg ni pandai nyanyi..?"...tak semena-mena mukaku menjadi merah..malunya, bila pulak die ni masuk? tak dengar pun bunyi pintu.."bila abg masuk?" "tula khusyuk dan tawaduk sgt nyanyi smpai tak sedar abg masuk?" perlinya.."erm, jahatla abg ni..".."jom turun, teman abg tgk tv.."."ok.." segera kucapai tangannya dan kami turun berpimpin tangan.

"syg, minggu depan, abg kena pg kursus tau.."
"oo, yeke? kat mana?"
"dekat je, kat kuantan"
"dekat abg ckp?? jauhla tu kuantan..erm..brp lama kursus tu bang?"
"tak la lama, tapi adelah dekat 3 bulan.."
"mmm...3 bulan...erm.." hilang terus senyuman, riak wajahku turut berubah.
"sekejap je 3 bulan tu, pejam celik, pejam celik dah 3 bulan kan?"
senyum hanya terukir di hujung bibirku (senyum yang tidak ikhlas kukira)
"janganla buat muka mcm tu, tak comel abg tgk.."
kupaksa juga untuk tersenyum..
"jgn risau, bile abg free abg balik ok, tp ms abg tak ada, syg tido rmh mak ye, risau pulak abg kalau syg tdo sorg2 kat rumah ni.."
"erm, yela..syg ikut je.."

baru seminggu duduk bersama, minggu depan dah kena tinggal pula.hmm, keluhku dlam hati.
tp yela kan..sayang isteri tinggal tinggalkan, sayang anak tangan tangankan..

bersambung...

No comments: