alunan lagu nasyid nur kasih dendangan in team memang menggamit hati ini dikala ketiadaan suamiku.."bila la abg nk balik?lamenye pg kursus" mcm2 yang kufikirkan di kala keseorangan. teringat kembali sejarah perkenalan kami beberapa tahun lepas, sebelum sah kami diijabkabulkan sebagai suami isteri.
aku mengimpikan seorang lelaki yang sedap mata memandang, mungkin yang berjanggut sejemput menjadi idaman, bijak & matang dalam melayari alam perkahwinan, tapi benarkah lelaki seperti itu yg akan menjadi teman hidupku?
terlalu cepat rasanya masa sewaktu kami kenal antara satu sam alain sehingga dijabkabulkan..semuanya secara kebetulan..Benarkah ada kebetulan di dunia ini? Aku yang gemar membaca novel, terbaca satu ungkapan ini dalam novel berjudul TITIAN NABI...dalam dunia ini tiada kebetulan, semuanya ketentuan Ilahi...pada awalnya kami hanya rakan sekuliah..padaku dia ini tak ada yang istimewa sangat...nak kata dia kacak, hurm ramai lagi lelaki kacak di kuliahku...sikapku yang "sombong" dengan lelaki memang agak menjengkelkan lelaki-lelaki yang ingin mendekati.secara KEBETULAN dia satu kelas dengan teman rapatku...maka, sudah pasti aku akan mengenalinya...sifatnya yang kukira agak pendiam, dan rasional dalam memberikan pendapat serta budi bahasanya memang boleh mencairkan hati wanita...tanpa ku sedari kami menjadi kawan. hubungan kami hanyalah sebagai teman biasa tak lebih dari itu..tetapi aku agak senang berbual dengannya, mungkin bagiku dia adalah pendengar terbaik, yang memahami hati aku.sekiranya ada masalah, pastinya nasihat yang berguna diberikan. dia betul2 membuat hati aku sentiasa tenang...
suatu hari, dalam satu majlis perkahwinan sahabatku, secara KEBETULAN kami terjumpa. sungguh tak ku sangka akan bertemu dengannya kerana sahabatku ini bukanlah sahabat sekuliah, tetapi sahabat semasa sekolah menengah. dan sudah tentu sahabat sekolah menengahku ini semuanya perempuan..."eh, mcm mn boleh ade kat sini?" rupa2nya si pengantin lelaki itu sepupu kepadanya...dan KEBETULAN aku menjadi pengapit kepada rakanku itu dan dia menjadi pengapit kepada sepupunya...memang KEBETULAN! agak segan juga ketika itu, tetapi aku harus berpura2 cool. aku dapat merasakan satu getaran di dadaku yang xpernah kurasa selama ini.."Ya Allah, knp dengan aku ni, tiba2 tgn rase sejuk semacam & berdebar2? bukannya aku tak pernah berjumpa dia sebelum ini, tp KEBETULAN2 ini menyebabkan aku jadi begini. Ya ALLAH, bantulah hamba Mu ini" rintihku dalam hati..
Pulang dari sana, kami tidak ada menghubungi antara satu sama lain..sebulan selepas majlis tersebut, semasa di ofis, YM ku di BUZZ seseorang.
dengan pantas aku menjawab " assalammualaikum"
"waalaikumussalam"
"awk sihat?"
"alhamdulillah"
"mcm mn kerja? OK?"
"alhamdulillah, OK"
"hmm...bila awk nk kawin?"
lama aku terdiam..sebelum menaip semula...sebetulnya aku masih lagi mencari2 calon yang sesuai. tapi aku tak mahu kahwin terlalu lambat sehingga digelar andartu pulak.
"hmm, susah nk jwb tu, tp sebagaimana yg awk tau, saya ni mmg jujur orgnya..huhu, saya mmg nk kawin hujung thn ni..." aku sengaja ingin melihat respons darinya.
SENYAP aku menunggu jwpn darinya dalam keadaan yang gelisah.
5 minit kemudian...
"owh, tahniah ya...dengan siapa?"
aku agak kecewa dengan jawapannya...tp aku harus sentiasa cool.
"Hmm, dengan AWK..huhu"
"erm, knp ada huhu kat belakang?"
" owh , xboleh ke?"
"soal nikah kawin ni mn boleh buat main2..."
"sorry, saya mintak maaf"
"kalau awk nk saya maafkan, bolehkah awk janji sesuatu dengan saya?"
GURLP! apa plak la mamat ni nak? aku sudah seram sejuk dibuatnya.
sekali lagi dengan tenaag
"insyaAllah, sekiranya saya mampu, saya kan tunaikan..apa dia?"
"boleh awk janji untuk jadi isteri saya, dan berkahwin dengan saya hujung thn ni?"
YA ALLAH, seluruh tubuhku menggeletar...aduh mcm mn aku nk jwb ye? nnt die ckp aku terhegeh2 pulak, hmm, biar betul nk kawin hujung thn ni, skrg dah bulan 3...tp hatiku amat berat utk berkata tidak.."YA ALLAH mungkinkah kebetulan2 yang ko ciptakan itu adalah pentunjuk kpd jodohku sebenarnya? sekiranya dia mmg jodohku aku redha dengan ketentuanMu YA ALLAH"
"erm, boleh x awk dtg rumah dan berbincang dengan mak & abah saya dulu"
"ok, sabtu minggu ni saya akan datang untuk majlis pertunangan, dan uruskan persediaan majlis"
GURLP! seriuskah dia?
"ok, saya akan bgtau family dulu awk nk dtg"
"oklah, saya ada kerja nk buat ni, jumpa sabtu ni ya? assalammu'alaikum"
"wa'alaikumussalam"
aku pening kepala hari itu, sepanjang malam aku tidak dapat tidur, kerana 3 hari lagi ada yang ingin melamarku...serasa macam mimpi...isy ni bukan mimpi ni, tapi realiti..dia akan jd suami aku, aku akan jadi isteri dia...huh!susah nk digambarkan, bercinta pon tidak tup2 kahwin..
Takdir Tuhan mengatasi segalanya, dek kerana saya akan ditugaskan di Negeri Sembilan bulan 10 ini, maka seluruh keluarga bersepakat pernikahan kami dicepatkan kepada bulan 8.
tuut..tuut...
1 message received
terkejut aku dibuatnya, segera kubuka mesej tersebut..."abang ni mcm tau2 je org rindu kat dia, dan2 die hantar msg...hehe.." aku tersenyum sendirian dan membalas mesejnya tanpa mahu membuatnya menunggu lama.."abg, syg boringla..asyik teringat kat abg je..call la..
deringan ringtone dari telefon bimbitku segera kumatikan dan panggilannya kujawab..."abg!" belum sempat lagi suamiku memberi salam, "ya sayang, knp?xsempat abg nk bg salam pon".."hehe, sori...excited pulak nk dgr suara abg td smpi terlupa nk bg salam, asslammualaikum..abg sihat? dh mkn? buat ape 2"
"wsalam, byknya soalan? abg sihat, dah mkn, tgh call wife abg"
"hehe.." kami tergelak serentak...
"syg sihat?"
"erm, alhamdulillah...tp tak taula knp syg rase asyik nk mkn je la abg...sayang mcm teringin nk mkn ice mango yg kita mkn kat Alamanda tu.."
"yeke? mesti dah tembam die ni, nk mkn ice mango? ajakla mak ke sesapa yang free pg sana..erm, kalau nk tngu abg balik lmbt lagi la.."
"xnkla abg, syg nk mkn ice mango dengan abg, hrtu dah pg dgn kwn tp rase ice mango tu xsedapla"
"pelikla syg ni, selalu xmcm ni pon? erm, sayang ade ape2 ke ni?
"hurm, apa apa?"
soalan yang diajukan suamiku membuat aku semakin pelik
"ada apa2 ke?mksd abg, sayang dah berapa lama xtinggal solat?"
"syg mn ada tinggal solat, syg kan xperiod lagi dr last month" jwpan ku membuat aku sendiri berfikir, 2 bulan xperiod?..isy..jangan2...
"erm, syg ..abg dah nk jadi ayah?"
"urm...abg ni ade2 jela..."
"esok pg jumpa dr ye, buat urine test, jgn ckp xnk pg, esok abg call balik ok?"
"abang......"
"takde2, jgn bg alasan....dgr ckp abg baik2, pasni trs tdo, jgn baca buku lagi...dah lewat..jg kesihatan, esok jumpa doktor ye...gudnite!love u so much!miss u!bye2 asslammualikum"
"hurm...oklaa....sayang dgr ckp abg...gudnite!love u 2, miss u 2!wsalam"
bersambung.....
New stock chiffon lace free size
11 years ago
No comments:
Post a Comment